Tuesday, August 21, 2018

TRIP 4H 3M KE KOTA KINABALU-KUNDASANG 2019 BY KHAIMAL TRAVEL & TOURS

TRIP 4D3N KE KOTA KINABALU - KUNDASANG, SABAH



Pada 17 Ogos 2018 yang lalu, KHAIMAL Travel & Tours (Borneo) Sdn. Bhd. (1268706-T)(KPK/LN:9103)(MATTA:MA5854) telah berpeluang menyantuni group trip Puan Jamsiah dan Keluarga, yang membawa group Keluarga Zuriah dan Matron daripada Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor. Kumpulan yang disertai seramai 43 ahli keluarga  telah selamat tiba di Lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah pada jam 3.00 petang. Pengangkutan yang telah disediakan ialah bas persiaran 44 tempat duduk yang mana hasil kerjasama antara KHAIMAL Travel & Tours Borneo bersama Trans Borneo Rent A Cars & Tours Sdn. Bhd.

Bas Persiaran Scania Berkapasiti 40 Tempat Duduk Bersama Pemandu Yang Disediakan Oleh Syarikat Trans Borneo Tours.
Kami juga telah menyediakan seorang "Local Tour Guide" khas untuk menyantuni rombongan kali ini ambil dibantu oleh wakil syarikat kami yang terlebih dahulu terbang ke Sabah sehari sebelum ketibaan. 
Local Tour Guide , Mr Arthur.

Perjalanan bermula kira-kira jam 4.00 petang yang mana rombongan dibawa ke Anjung Senja terlebih dahulu bagi menjamu selera sebelum diberikan masa untuk ke Pasar Filipina bagi mencuci halwa mata. Seterusnya perjalanan diteruskan ke Kundasang, yang mengambil masa lebih kurang dua jam 30 minit berikutan keadaan jalan yang agak mencabar. Rombongan selamat tiba di penginapan mereka di Kundasang pada jam 10.30 malam.

Keesokkan harinya, rombongan telah dibawa ke Kolam Air Panas Poring, yang terletak di Ranau. Bayaran masuk ialah RM3.00  bagi dewasa dan RM1.00 bagi kanak-kanak berumur 7 hingga 17 tahun. Disini juga terdapat beberapa lagi aktiviti yang dapat dilakukan dengan kadar bayaran tiket masuk yang berbaloi sebagai contohnya, berjalan di Canopy Walkway, melawat ke Butterfly Garden, Gua Kelawar, Air Terjun Kipungit dan Air Terjun Langanan

Tiba di Poring Hot Spring, Ranau

Ahli rombongan mencuba laluan yang mencabar di "Canopy Walkway".

Seterusnya, rombongan dibawa melawat ke Ladang Teh Sabah "Sabah Tea" yang terletak lebih kurang 30 minit daripada lokasi pertama tadi. Disini perserta rombongan diberikan sedikit penerangan oleh pemandu pelancong tentang beberapa fakta serta sejarah Ladang Teh Sabah. Tiada bayaran masuk dikenakan tetapi sekiranya anda berminat untuk membuat lawatan ilmiah ke kilang pemprosesan serta menikmati juadah ringan dan minuman Teh, sedikit bayaran dikenakan.



Destinasi seterusnya, rombongan telah dibawa ke "Marakau Fish Spa". Disini, pengunjung hanya perlu menbayar RM4.00 sahaja untuk tiket dan juga makanan ikan. Disini juga pengunjung tidak dihadkan masa dan boleh bermain dengan ikan sepuas-puasnya.


Hari Ketiga, rombongan dibawa ke Desa Dairy Farm, seawal pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Rombongan tiba pada jam 8.30 pagi dan terus dibawa oleh pemandu pelancong untuk melihat kilang pemprosesan susu, dan dibawa melawat ke seluruh kawasan di ladang berkenaan. Desa Dairy Farm yang mendapat jolokan nama "The Little New Zealand".

Bayaran masuk yang dikenakan ialah RM5.00 untuk dewasa dan RM4.00 untuk kanak-kanak. Bayaran ini TIDAK termasuk bayaran sekiranya anda berminat untuk member susu dan rumput kepada anak lembu disana. Pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk mencuba susu segar disana ya.



Seterusnya, rombongan dibawa pula ke Kinabalu Park. Bayaran masuk ialah RM5.00 bagi dewasa dan RM4.00 bagi kanak-kanak. Disini, pemandu pelancong telah membawa rombongan bersiar-siar disepanjang taman Kinabalu sambil menerangkan tentang Gunung Kinabalu dan tumbuhan yang terdapat disana.




Rombongan diakhiri dengan lawatan ke Kundsang War Memorial dan juga Pekan Kundasang. Bagi anda yang berminat untuk melawat Kundasang War Memorial, bayaran yang dikenakan ialah RM3.00 untuk dewasa dan Rm1.00 bagi kanak-kanak. 


Hari terakhir sebelum bertolak pulang, dirombongan dibawa ke Pekan Nabalu sebelum sekali lagi diberikan peluang untuk membeli-belah di Pasar Filipina dan Kedai menjual Mutiara yang terdapat di bandar Kota Kinabalu.


Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan pakej ke Kota Kinabalu - Kundasang, Sabah, anda bolehlah klik link dibawah : https://www.facebook.com/KhaimalTravelOfficial/


4D 3N KK-KUNDASANG + TWIN ISLAND HOPPING & BBQ LUNCH

INCLUDE :
🚌 40-45's Coach Inlclude Tour Guide 

🏩 1 Night Twin Sharing Include Breakfast at Kinabalu Pine Resort, Kundasang.

🏨 2 Night Twin Sharing Include Breakfast at Kota Kinabalu.

Travel Insurance
🏊 Island Fee, Snorkelling Set, BBQ Set at Sapi Island
🎫 Entrance Fee (Desa Dairy, Poring Hot Spring, Marakau Fish Spa)


EXCLUDE :
- Flight Ticket (Request Only)
- Tipping Guide 
- Fee For Camera, Entrance NOT Mentioned In Itinerary
- Meal


ITINERARY :
D1 : Arrival In KK - KK City Tour - Kundasang.
D2 : DESA Dairy Farm - Sabah Tea - Marakau Fish Spa - Poring Hot Spring - Nabalu Town
D3 : Twin Island Hopping (Sapi/Manukan Island) + BBQ Lunch + Snorkelling
D4 : Philipine Market - Departure

PRICE :

 10 Pax : RM799 Per Person
 20 Pax : RM779 Per Person
 30 Pax : RM699 Per Person
 40 Pax : RM669 Per Person



OPEN TRIP FOR 40 PAX PER TRIP
Arrangment For Flight From Kuala Lumpur - Kuching - Johor Bharu 
Island Package (Request Only)


Please Sent To Us Your Detail To Get The Best Price.


💌 Email to khaimaltravelandtours@gmail.com
📲 Klik Link Whatsapp  wasap.my/60197143934



Nak Bercuti Besama Kami? Jom Tempah Sekarang !!!

Please Sent To Us Your Detail To Get The Best Price.
Email to khaimaltravelandtours@gmail.com


Khaimal Travel and Tours Borneo Sdn. Bhd (1268706-T)(KPK/LN:9103)(MATTA:MA5854)
Lot 1.16, Level 1, Plaza Aurora (Formely Known as Kuching Plaza)
Lot 16 Section 30, Kuching Town Land District (KTLD)
Mcdougall Road, 93000
Kuching, Sarawak.
019-7143934

Disediakan Oleh : Mohamad Fikri Bin Zainol Majid
Manager/Owner of KHAIMAL Travel & Tours (Borneo) Sdn. Bhd.


No comments:

Post a Comment